Kehilangan


Aku membelek portrait lama,
Di saat aku dan dia masih bersama,
Aku lihat senyuman pada gambar lama,
Seolah senyuman itu tiada tarikh luputnya.
 
Aku akui aku cukup bodoh,
Bodoh teramat dengan tindakan melulu.
 
Kerana dari dulu aku mencari bahagia,
Walhal bahagia itu sudah sentiasa ada.
Di depan mata.
Sentiasa di depan mata.
 
Mungkin aku terlampau bodoh untuk melihat.
Dan terlampau bongok untuk merasa.


No comments:

Post a Comment